Monday 23 January 2012

Blog Rasmi MBS

Blog Rasmi MBS Sentul ini bermula pada  Tahun 2012.  Blog ini akan dibangunkan dan dikemaskini oleh JK Teknologi Maklumat dan Komunikasi.  Ianya akan menjadi sumber rujukan dan panduan guru kepada aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam sekolah.

Blog ini juga akan memberi maklumat terkini dalam dan luar sekolah.  Ianya juga akan sentiasa dikemaskini dengan nota dan rujukan dalam pelbagai bidang yang akan menjadi pemangkin kepada kerjaya sebagai seorang guru. 

Semoga dengan wujudnya Blog ini akan menjadi nilai tambah dalam kerjaya kita sebagai seorang guru.  Pentadbir blog juga mengalu-alukan cadangan untuk penambahbaikan blog ini.  Sila salurkan cadangan tersebut melalui email dibawah  :-

       Penyelaras Blog   : ahmad.syahril@mbssentul.co.cc

Sekian, Terima Kasih




- Penyelaras ICT -

Selamat Tahun Baru Cina

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Pihak pengurusan Blog Rasmi MBS Sentul, Kuala Lumpur ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina Tahun 2012 kepada warga MBS Sentul yang menyambutnya.  Semoga Tahun Baru Cina ini akan membawa seribu erti dan kejayaan yang lebih cemerlang. Bagi yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya.


Sekian


-Penyelaras Blog-